Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, October 5, 2009

1st step to rebranding

langkah pertama telah diambil..keputusan telah dibuat..tiada lagi cermin sisi tuk melihat di belakang..biarkan ia trus hilang sebagai memori..dan kini bermulalah langkah2 baru dalam hidup.. langkah yang pasti akan menggembirakan diri ini..tanpa lagi kekalutan perasaan..terus melayari kehidupan..dengan harapan ia pasti sampai ke tmpt dimana akan ada satu tembok yang besar..menghalang perjalanan selesa aku..aku pasti!

Monday, November 17, 2008

kemalangan jiwa!

"alhamdulillah... "
sumer nyer selamat dan kembali seperti sediakala..


aku x sangka perkara tu memberikan tindak balas yang amat tidak ku sangka..
betul2 membuatkan diri aku berasa takot..
menjadikan hati aku sentiasa berhati2..
dan mula menghargai mereka..
kerna aku sedar..
akan segala pengorbanan dan tanggungjawap mereka..
tidak kira lah ianya membawa kepada kebaikan mahupun keburukan tuk aku..
ia tetap satu pengorbanan..
yang tiada tolok gantinya...

kemalangan itu berlaku di depan mata aku..
dan aku x sanggup tuk mengingatnya lagi..
ia benar2 membuatkan diri aku hampir mati..
separuh nafasku terhenti...
membuatkan aku betul2 hampir mati...
biarlah aku pergi sebelum kamu..
kerna mereka masih memerlukan kasih sayang dari kamu..
melihat pula darahnya mengalir...
membuatkan aku hampir mengalirkan air mata..
bukan air mata kesediahn..
tp air mata ketakotan..
akan kehilangan dia..
selama ini aku sering membiarkan kehadiran dier...
aku sering cuba mengelakkan diri dari bertemu dgnnya..
kerna aku tidak tahan dgn kata2nya..
tp..
aku sedar..
yang dier tetap ahli keluarga aku..
bagaimana sekalipun..hubungan itu xkan terputus...
kerna kau adalah ayah..
dan aku adalah anak!

Monday, September 22, 2008

ke'lembut'an

pernahkah anda terfikir atau pown merasai..bagaimanakah rasanya..
jikalau anda mendapat tahu adik lelaki anda itu "lembut"...
apakah perasaan anda?

aku muler ter perasan tindak tanduk adik aku yang kecil sekali mula mencurigakan..
dier baru berusia 12 tahun..memiliki raut wajah yang agak jambu diantara kami..
(tp abg sulong dier paling chomel..)mungkin kerna dier memiliki kulit yang putih gebu dan berbulu mata lentik..itu jer kelebihan yang aku nampak...
namun itu x bermakna memberi dier jalan pintas tuk menjadi lembut..
malam minggu yang lalu..
aku mengajak adik aku itu meneman aku menonton perlawanan bola..dengan harapan ada jugak orang yang temankan aku tgk bola..namun jawapan yang agak mengecewakan aku..
'malasla..bukan nya besh tgk bola..'
jawapan yang tidak disangka2 keluar dari mulut dier..aku mula naik angin..
x patot btul jawapan itu keluar dr mulut seorang lelaki..aku tetap juga memaksa dier menonton perlawanan bola itu..dier akur dgn arahan aku..(akukan abang..)hehe..
tapi malang sungguh nasib aku..dier mmg temankan aku tapi matanya bukan tertumpu pada game bola itu..
dier asyik bermain dengan anak kucing dier...adus!sakitnyer hati aku!!
sikit pown dier x amik tahu pasal game bola...aku jadik malas nk marah dier..
wat bodoh jer..lama..aku mule terfikir..naperla adik aku sampai jadik camtue?
aku muler perasan sebelum2 nie..setiap kali ada tetamu dtg umah aku mesti adik aku nie akan terperap jer dlm bilik...pastu jadik malu2..cam pmpn lak!aku malas nk ckp paper coz mak aku sendiri x pernah tanyer pape..tapi lama2 aku dah mule perasan..
aku rasa itu akan menjadi satu petanda yang x baik..nk kata adik beradik aku banyak pmpn..tidak rasanya..sorg jer pmpn..yang lain sumer laki..banyak tanda2 yang aku sudah nampak pada adik aku..dier jarang kuar bermain diluar rumah seperti kanak2 lain..asyik duk umah jer..layan kartun..pastu duk dlm bilik..xtau watper..yang paling ketara suka sangat wat keje rumah..kadang2 tlg mak aku masak..jangan x percaya waktu darjah 5 da tao iron baju skola sendiri..dan dier akan iron baju skola dier setiap hari..nk kata pembersih sgt xtaola..hurm...
aku risau kalo adik aku nanti akan jadik seperti lelaki lembut..agak tidak boleh diterima akal jugak rasanya..

Wednesday, September 3, 2008

meggie goreng!

sedap x?
dapat bayangkan x asap dier tu bau aper?
bleh bayangkan plak kalo hari2 bau benda tue?
disebabkan aku berkerja di atas bangunan haji samuri..
so aku masukkan pix nie..
tuk tatapan ramai..
maybe x sumer orang bleh tgk sumer nie..
tapi ada lagi yang lebeh menarik...



aku tetap suker yang ini...
tuk bulan puasa nie..
aku diminta tuk kurangkan pengambilan nya..
kata orang ada memberikan effect kt badan..
aku xtaola..
tapi aku tetap suker..
dan skang aku sentiasa terpikir..
teringat...
terbayang..

selamat berpuasa..
adus!

Tuesday, July 29, 2008

pandangan mama


nama aku kaisu..berumur 23 tahun pada bulan sepuluh ini...dan masih lagi mempunyai masalah komplikasi cinta yanag agak teruk..pada usia aku..orang lain sudah sibuk memikirkan busana2 pengantin..hantaran kahwin..namun aku masih lagi dalam permasalahan cinta yang x abis2..hurm...sudah berkerja dan berjawatan sambilan di sebuah perbadanan negeri selangor..sudah 2 tahun berkhidmat dan pelbagai ilmu yang telah di pelajari di sini...
masih lagi menetap di bangi..tempat membesar..dan masih tinggal bersama keluarga..
alasan tinggal dengan family adalah kerna tanggungjawap..anak sulong dari 4 adik beradik...hanya memiliki sebuah motosikal yang dibeli ketika berkerja sebagai waiter.
dengan bayaran 200 sebulan..aku mampu tuk memiliki moto itu..dan aku bangga kerna moto itu atas nama aku sendiri dan aku beli pakai duit aku sendiri...
x mengharapkan mak bapak aku seperti yang korang selalu anggap...
aku juga basuh baju sendiri..kemas bilik sendiri...dan makan kadang2 aku masak sendiri...xkanla aku nk masak lain2 dr pe yg mak aku masak..aku hidup seperti orang lain cuma aku tidak membayar sewa tuk rumah yang aku duduk..aku juga bayar astro tuk rumah aku...bil air dan api juga... aku sayang mak aku..walau mcm maner skali pown dier ckp pasal aku..aku x kesah..coz aku tahu dan aku akan ingat..dier sentiasa ada tuk aku ketika aku memerlukan..dan aku x pernah menyesal membuat pengorbanan tuk dier..aku tinggalkan kerja aku di putrajaya semata2 tuk duduk bersama dier..x guna kalo aku kerja bergaji 4angka sekali pown tapi hati x tenang memikirkan dia di sana..
aku x salah kerna membuat keputusan itu...aku bangga..aku tahu mak aku sentiasa tahu apa yang terbaik tuk aku..pernah juga aku di katakan anak mak...namun aku x kesah..
kerna tanpa dia..siapalah aku..dan semalam..tuk pertama kalinya..mak aku memberikan pandangan dan kritikan dengan apa yang aku lakukan..
"mama pernah juga lalui zaman muda dan mama tahu apa yang orang muda nak..cuma mama harap kau dapat buat keputusan yang betul dalam hidup kau..mama tahu kau sentiasa carik yang terbaik tuk idup kau..dan ingatlah..bukan bermakna yang bertudung itu baik dan tidak bertudung itu jahat..nilailah ia dari sudut hati dan perasaan..mama xkan halang pown apa sekali pilihan kau..kerna mama tau itu adalah yang terbaik tuk kau.."
aku terdiam...kata2 yang begitu tepat dan kena sekali tuk diri aku...aku paham..
dan aku cuba tuk pastikan apa yang disampaikan itu masuk ke dalam akal fikiran aku..
aku takot dengan keputusan itu..

Friday, July 25, 2008

putuskan hubungan itu!

aku benci perasaan itu!
jauhkan aku dari perasaan itu...
aku x biasa..
bukan diri aku semua itu..
aku tidak dibiasakan dengan semua itu..
mungkin kau saja yang mengerti..
aku tidak ingin sekali memahami nya..
tidak sekali pun aku pupuk dalam diri ini..
tuk memiliki perasaan itu...
jauhkan aku dari semua itu..
kerna aku tahu kemampuan perasaan itu..
mamapu tuk memusnahkan..
dan aku bukan seorang pemusnah..
aku sudah di pupuk menjadi pencinta..
sejak dulu lagi...
dan aku tidak pernah merasa tuk mengubahnya..
x kire siapa kau sekali pun..

aku benci hubungan yang ada..
aku benci pertalian yang ada...
kerna pertalian itu mengahalang aku tuk menjelaskan..
apa yang aku rasa..
apa yang aku inginkan..
ingin saja aku lari dari semua ini..
namun bukan semudah itu..
tanggungjawap aku perlu diutamakan..
kerna ada orang lain yang lebih memerlukan aku...
dan aku xkan hiraukan kau..
pergilah kau jauh dari hidup aku..
aku memang tidak perlukan kau..
kami bahgia dengan hidup kami sekarang..
tanpa kau...
percayalah..
semua orang akan akuinya..
dan aku x jumpa juga cara tuk mengatasi masalah kau..
kerna kau sudah di pupuk sejak kecil begitu..
bukan salah aku...
dan bukan salah mereka..
kau sendiri yang membiasakan dengan semua itu..
dan jangan kau pertikaikan kasih syg mereka..
mereka sudah berikan yang terbaik tuk kita..
kau yang tidak hargainya...
kau yang alpa dengan segala yang telah mereka berikan..
sehingga kau lupa akan asal usul kau..
kau pijak mereka..
dan kau pijak aku..
kau berasa bangga dengan kuasa yang kau ada..
dan aku ingatkan kau..
walau banyak maner sekali pown kuasa kau..
ada orang lain yang lebih berkuasa dari kau...
tidak perlulah kau bermegah2..
sedikit pun aku tidak takot..
kerna aku tahu..
setakat mana kemampuan kau...
dan ingat..
kesabaran aku ada tahapnya..