Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Tuesday, February 17, 2009

valen "time" day


hepy valentine day!
aku x sambut tapi aku dpt hadiah..
kire sambut jugak ker?
xla..juz suke2 jer...ada duit lebeh belikanla hadiah..
x salahkan..

Friday, January 30, 2009

kuantan to cherating

akhirnya impian aku tuk kembali semula ke kuantan..
kota puaka yang satu ketika dulu telah membesarkan aku..
dah lama rasanya aku telah meninggalkan kuantan..
seronok kembali semula kesana...rasakan jela..

apa lagi..capture biase la..

lscm?


siapa?abaikan jer...


liverpool anywhere..


couple only..



lost?

megamall kuantan

teluk chempedak

Wednesday, October 8, 2008

away to holiday!

aku akan mula bercuti start dari esok sehingga 14hb...
ini bagi membolehkan aku bercuti raya..
coz raya aritu aku x dpt cuti ok!
so ni bru nk beraya...
dan juga tuk celebrate besday aku pada 11hb...
hehe..
aku mungkin akan ke segamat hujung minggu nie...
jumpa anda disana!

Tuesday, August 26, 2008

vacation!

jumaat yang lepas aku pulang ke kampung dengan perasaan yang tenang..
1st skali pasal dapat cuti..spatotnya aku cuma amik cuti sehari jer..tp last minute nyer plan aku amik terus 2 ari jumaat dan sabtu..pagi jumaat tu terus bergerak pulang ke kampung..biler aku cakap jer kampung aku kt mana..semua owang cakap dekat jer..tp dekat pun aku susah nak balik..rasanya last aku balik time raya..bukan bz cuma xde feel nk balik..bukan ada sape2 pown kt saner..tinggal pakcik aku yg kadang2 jer bleh nampak kt umah..aku gerak dari rumah dlm pukul 10 pagi tu dengan mama ngan adik2 aku..sepatutnya kitaorg grak balik mlm td tp pas masing2 cam malas jer nk bersiap di tunda ke pagi..kire sejam jer perjalanan dari rumah aku..sampaila ke pekan banting..
suasana kt ctu benar2 dah berubah..dah mcm2 perkembangan yang aku lihat..banyak bangunan2 baru yang sudah dibina..dulu kfc ada dua jer..skang dah ada 3!banyak tue!!
mcd pown dah ada...siap drive thru lagi tue..kt bangi pown xde lagi..heheheh...
dah ada pusat bowling!pasaraya pown dah banyak..semua nama aku x penah dengar..
huhu..kami singgah ke econsave nak beli barang..coz ptg tu nak wat kenduri..kenduri aper..hurm..kenduri arwah rasanya...dan seperti yang aku tahu xkan ramai sedara aku akan balik...muke2 biaser jer...maklumla biler nenek da xde mmg xde sape yang nak balik lagi...tu dah perkara biasa bagi orang melayu..

pas setle jer kenduri..aku terus kuar berjalan2 menikmati keindahan kampung aku..
mmg besh suasana kt situ..x banyak beza dgn dulu..
suasana dia sama jer..

gempak giler view dier!pkai kamera fon jer ok!xperlu nak eos or slvr...
huhuhu...


pastu aku sempat singgah dekat sekolah lama aku..sekolah ni skang dah berusia lebih 100 tahun..windu giler saat2 kt sini...kat skola ni gakla kenal cinta pertama..
ahakz!

Monday, July 21, 2008

mohd al hafiz bin zulkarnine

disini aku ingin memohon maaf kepada individu2 yang rasa kurang berpuas hati dengan aku..aku sudah cuba tuk berikan yang terbaik..
namun setiap impian belum tentu dapat kita capai dengan semudah itu sahaja..
mungkin bukan rezeki aku tuk bersama kamu disana..
menikmati keindahan ciptaan tuhan..
keadaan aku tidak mengizinkan aku tuk bersama kamu..
mungkin belum sampai masanya lagi tuk aku merasainya..
ada komitmen lain yang aku perlu utamakan dahulu..
maapkan aku...
bukan sengaja tuk aku lakukan semua ini...
aku ingin sangat menyertai kamu semua ke sana..
tapi..
malangnya nasib tidak menyebelahi aku...
kerja aku tidak menyebelahi aku...
aku terpaksa utamakan kerjaya aku dulu..
kerna dari itu jugalah aku mampu tuk sertai kamu...
jikalau tidak dimanakah aku ingin mencari sumber tuk aku mengikuti kamu...
maapkan aku...
aku harap kamu semua memahami dengan segala yang aku cuba sampaikan..
aku ingin sangat menyertai kamu...
malang sungguh rasanya diri ini..
kerna tidak mengikuti kamu..
tidak dapatlah aku menikmati keindahan alam itu...
keseronokan bersama terbang ke awan yang biru itu..
dan kita sama2 corakkan ia..
mengikut kehendak kita..
tanpa apa2 halangan..
seperti yang kita pernah lakukan dahulu...
di sana...
masihkah kau ingat?
kita hampir hilang mlm itu...
hilang bersama sama gelak tawa keriangan anak muda..
yang menyaksikan kelincahan kau dan aku..
mengapai syurga ciptaan kita itu...
maapkan aku...

Friday, July 11, 2008

sukan+menang?

akibat terlalu penat aku terpaksa mengambil cuti semalam..
bagi mengcover tido aku yg x cukup disana...
so baru arini dapat aku mengupdatekan blog nie..
windu seh!!!

aku xtaula camner nk gambarkan keadaan dan suasana aku ketika berada di terengganu..
satu perkataan jer yang tahu tahu..
penat!
jadual terlalu pack sampaikan aku x sempat nk berbuat apa2 kt saner..
nk ikutkan hotel yg aku duduk tu ada jer wifi..
cuma aku x berkesempatan tuk bukak blog..
balik jer trus tdo..sok seawl kul 7 pagi kena bangun...

pasal team futsal aku...
hurm..standardla..team selangor pegi maner2 pown juz menang sorak dan menang kt gaya jer..hehehe...
kami satu kumpulan dgn pahang dan sabah..
seri dgn pahang dan kalah dgn sabah...sekaligus terkeluar dan x layak tuk meneruskan..
kami mmg pulang awal time tue...nk kta malu tu x sgtla..
cuma sangkaan pasukan2 lain yang team selangor akan menang amatla meleset sama sekali..selangor hanya menang pada nama jer...
dan akhirnya..
pasukan futsal trus menjadik pasukan sorak selangor...
huhuh...
malsla nk citer panjang2...
tgk jela...
kontigen selangor..

perbarisan..selangor!
bersama pengarah library selangor..
pingat emas??
futsal!!
cam pegi umrah pown ada...
batik wit team futsal
malam diner..ada orang kata aku mcm M. Daud Kilau...apakah?
semua kontigen dan pegawai selangor...

Friday, July 4, 2008

AWAY TO TERENGGANU

ptg ni aku akan berangkat ke tganu..
menyertai kejohanan sukan perpustakaan seluruh malaysia..
aku akan mewakili selangor dalam pertandingan futsal...
dua tahun berturut2 selangor sekadar mendapat naib juara..
dan harapan kali ni..kami akan cuba dapatkan pingat emas tuk selangor...
kalo olimpik dpt sejuta..aku dpt seribu pown jadikla...
haha!
doakan kejayaan aku disana...
viva selangor!!!!
merah kuning lambang kejayaan!!!!




Tuesday, June 3, 2008

ketenangan di negara orang

dengan keadaan emosi yang tidak menentu..aku telah membuat keputusan disaat2 akhir..
dengan harapan dapat mencari ketenangan di tempat lain..tanpa berlengah..aku terus memgemas pakaian..membawa barang2 penting..terus bergerak keluar dari rumah..
tanpa hala tuju...dan kali ini aku nekad...perkuatkan diri juga tuk trus keluar dari masalah..destinasi pertama aku adalah..stesen komuter..target aku kali ni adalah hendak ke bandar puaka..aka kuantan..sory kepada warga kuantan aku memang sudah istilahkan kuantan sebagai bandar puaka..hendak tahu sebabnya nanti aku ceritakan..
aku meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur...LRT plak agak sesak time tu pasal adanya jumheboh yang sedang berlangsung di bukit jalil..aku x menghiraukan pandangan orang lain..aku terus melayan perasaan aku sendiri..setibanya di puduraya..aku baru terfikir kemana arah tuju yang paling sesuai tuk aku tuju..tengah2 aku melilau mencari kuanter tiket tiba2 ada seseorg menegur aku dari belakang..
"weh boy!ko nak g maner??"
aku hampir terkejut juga dengan teguran nya itu..
"oh!ko fitt..ko watpe kt cni?" fitt adalah membe aku ketika berkerja di secret recipe bangi..
"aku nak balik kampung..jumpe mak aku"
"kampung ko kt maner?"aku mula menunjukkan minat..
"jb la bro..ada brani jumla"ajakan dia membuatkan aku tersentak..
aku baru teringat yang aku sudah lama tidak menjejakkan kaki johor bahru..
last aku pegi rasanya dlm form5 rasanya sewaktu bapak aku mempunyai bisnes disana..

"jom!!"

aku terus mengikuti perjalanan yang agak tenang dan terus menuju kearah selatan tanah air..tepat jam 12.30 mlm aku smp di jb..
suasana agak meriah kerna mlm ni adalah mlm minggu...
kelihatan mat2 rempit mempamerkan aksi2 mereka yang agak dahsyat itu..
perut aku da mula lapar..
kami singgah di kedai makan di tepi jalan..
makan..dan terus menyambung perjalanan...
sampai saja dirumah..
aku terus merehatkan diri aku...kepenatan rasanya..
x mampu tuk berpikir apa2 melainkan trus lena...





















ni semua adalah pix2 aku ketika mencari ketenangan di jb and singapore...
banyak lagi pix yang ada tapi aku malas nak upload...
ingat nak masukkan pix2 barang yang aku beli kt sana..
heheh...
shoping adalah cara utama aku hilangkan masalah...

Friday, May 30, 2008

gaji+bil+bayar+konsert+cat=duit abis!

tutup cerita pasal kecewa.hari ini aku dapat gaji..start2 kerja saje dari kursus terus dapat gaji.seronok jugak...benda pertama sekali kena buat adalah bayar bil astro..
itu saje tanggungjawab aku yang ada sekarang ini..lepas itu aku kena bayar duit motor..lepas itu aku baru teringat niat aku hendak tukar tayar moto aku yang telah tertangguh selama 2 bulan..aku kena jugak tukar bulan ni..minggu depan nak pegi melaka..kalau tak tukar tayar jawapnya tak selamat aku hendak pergi ke melaka...
lepas itu apa lagi ye?hurm...oh ye!aku nak settlekan pasal lesen aku yang dah mati itu..kena pergi jpj untuk renew..tapi tidak tahu bila boleh pergi kerna minggu depan aku berkerja penuh..kena cari hari yang betul2 free baru boleh pergi..
semenjak dua minggu ini aku sentiasa sibuk dengan kerja..terlalu banyak aktiviti yang akan dijalankan..nasib baikla anak bos aku nak berkahwin..so bos aku pown turut sibuk menyetelkan pasal perkahwinan anaknya..so dier kerap kali bercuti...
barula free sikit..tu pun ada banyak kerja yang ditinggalkan...kena setle sebelum dia start kerja balik..hahah!
aku rasa seperti mahu pergi bercuti saja hujung minggu ni..tidak ada event2 besar yang aku perlu hadiri dalam minggu nie...so inilah masa yang agak sesuai untuk aku berehat dan tenangkan fikiran aku...memikirkan bagaimana hendak menyelesaikan masalah hidup aku ini...yerus terang aku cakap aku tidak boleh terus hidup dalam keadaan macam ini...

ahhh!!!

kenapa ni..dah cakap tadi xnak cerita pasal kecewa..
hari ini antara hari yang amat menenangkan..tidak ada tekanan yang begitu besar aku hadapi...samaada di rumah..di tempat kerja..semuanya berada dalam kawalan aku..
besok maybe aku akan ada selection futsal tuk team selangor..(bunyi mcm hebat!)
selection untuk team futsal library jer..untuk mewakili library selangor ke kejohanan sukan antara library2 semalaysia yang akan diadakan di terengganu awal bulan 8 nanti..
tidaklah aku tahu peluang atau nasib aku tuk dapatkan kesebelasan utama..namun menurut ap selaku ketua pasukan dan juga pengurus pasukan..aku mmg ada tempat dlm team..hehehe..tu kelebihan nya ada kabel besar..tahun lepas selangor menduduki tempat kedua..kalah di perlawanan akhir..
dan tahun ni cuba tuk dapatkan tempat pertama sekaligus menjadi juara!!!
hahahahah!!!(gelak bangga)
walau macam mana sekali pun..aku akan cuab bermain ditahap prestasi yang terbaik..

malam rabu hari itu..aku bersama ap telah pergi menonton konsert fenomena di angkasapuri..tak terpikir pown nak pegi sana tapi setelah ap mengajak aku pun menurutkan saja lagipun masuk free..ada pas..niat sebenar pegi tgk konsert ini sebenarnya bukan saja2 nak menghiburkan hati..tapi adalah dari jemputan dari cat farish a.k.a. fabolous cats..beliau menjemput kami untuk memeriahkan konsert itu disamping ingin membincangkan pelbagai hal berkaitan dengan kumpulan fabolous cats..
selepas melayan konsert tu lebih 3 jam..tamatla konsert tebsebut..tahniah kepada nabil raja lawak kerna berjaya membuat aku sakit perut tergelakkan dier..naik craim gak pipi asyik ketawa saja..
selepas itu kami semua terus menuju ke kedai makan menikmati supper di pj...
kali ini kami berenam..termasuk altimet,adib dan dj sumo..dan dah tentula bersama sekali dgn cat farish..pengalaman pertama dapat lepak bersama altimet...one of the biggest emcee in malaysia..we proud of you bro!! dia memang cool..tak sombong langsung..borak2 mcm member dah lama kenal saja...selepas puas menikmati malam itu..kami pun pulang semula ke hotel dgn hati yang riang...tapi teringatkan semula esok punya kelas bermula seawal pukul 8pagi..

arrgghhhh!!!!tidak!!!

hanya ada 5 jam jer lagi untuk kami tidur..
cukup rasanya..tapi dalam kelas nanti pandai2 lah mencari peluang...

p/s:mulai hari ini aku cuba mengunakan bahasa dan tulisan yang normal...
tidak lagi bahasa pasar or bahasa sms..aku akan cuba untuk pertingkatkan
dari semasa ke semasa...

Friday, March 21, 2008

risik???

hari cuti yg agak rilek..
bgn pown pukul 12...tu pown nasib baik kena kejut..
kalo x x sedar rasanyer..hehehe..
niat di hati nk basuh kasut...
coz da agak kotor kasut tu...
ingat kn nak biarkan jer lusuh..
nampak vintage skit...
tp rasa kasit tu masih baru tuk divintage kan..
so keputusan telah di ambil..
basuh gak!!
dan hasilnyer...



da putih berseri!!!
heheheh...
namun disaat2 ketenangan menikmati keceriaan hari cuti..
terganggu dgn kehadiran seseorg..
yg agak biasa kelibatnyer...
'mesti ada yang x kena nie..'
dgn muke yg selamber...dgn spek mata ala2 usher..
trus saja melulu masuk kedlm bilik aku tanpa memberi salam..
xde sivik btul!
"weh..jum teman aku g umah bru aku!"
'nak anta barang'

cutiku akhirnyer diganggu,..
dgn memakai t shirt lusuh..
berseluar kotak2..
keluar dgn perasaan marah skit..
coz x mkn lagi...

sesampai sajer disaner..
kemarahan aku reda dgn tibe2..
sebaik sajer emaknyer menjemput aku mkn...
"wah!langkah kanan aku!"
rezeki jgn di tolak...
aku mkn dgn lahapnyer...
"keje x wat lagi tp da mkn!"
teguran yg agak pedas!
sengal nyer apul...

selesai mkn..seperti biaser..
isap okok lu...!!!
huhuhuh...sambil2 borak2 dgn mak dier...
"arini ada owg nk dtg merisik kak nora.."
huh!!aku hampir terkesima mendgr ayat itu...
dgn selamber aku menjawap..
"ada gak owg nk kt kak nora tu?"
pang!!! cawan plastik itu trus hinggap di kepala ku!
btul2 ganas kak nora itu..
tu yg pelik ada gak owg yg nak...

nampaknyer da lari dr tujuan utama dtg td..
aku pown trus membantu mereka megemaskinikan rumah baru mereka..
kemesraan mereka sekeluarga terserlah dgn berlaku nyer perselisihan pham..
antara satu sama lain..
masing2 cuba menunjukkan kehebatan masing2...
dan akhirnyer...
sekecil mengalah...
membeiarkan si abg trus membanggakan diri...
sikecil gak yg kena wat keje..

si kecil yg mengalah dgn abgnyer...

ptg itu..
dgn plan last minute..
kami bersetuju menujuke satu tmpt yg agak jauh..
jauh dr penempatan kami...
iaitu bagan lalang!
bkn jauh pown..cuma terasa gakla...
dan kali ni lain dr biase..kerna pergi menaik keta..
sejam perjalanan dr bangi..
akhirnya tiba..
tp agak malang kerna hari agak mendung..
so xdptla menikmati keindahan matahari terbenam..
namun ia tidak mematahkan semangat kami...
plan dituka..
kali ni nk mkn kt tepi pantai plak!
namun sume tu x seindah yg di kabar..
kami kelaparan menunggu oder yg agak lambat..
hurm....

namun pulang dgn hati yg riang....
keseronokan...
kegembiraan...
dpt di nikmati bersama...!!!

Saturday, February 9, 2008

raya???

busan..
aku lalui hari2 yg datang...
cuti..
tanpa apa2 aktiviti..
sengal...
otak jammed..
nak kuar..
xde duit..
duk umah..
tgk tv..
kuar lepak..
jumpa membe..
cuti masih panjang..
aku masih duduk rumah..
masih lagi busan..
masih tgk tv..
cuti tanpa aktiviti...
amat menakutkan..
hurm...
selamat tahun baru cine!!!