Friday, May 30, 2008

gaji+bil+bayar+konsert+cat=duit abis!

tutup cerita pasal kecewa.hari ini aku dapat gaji..start2 kerja saje dari kursus terus dapat gaji.seronok jugak...benda pertama sekali kena buat adalah bayar bil astro..
itu saje tanggungjawab aku yang ada sekarang ini..lepas itu aku kena bayar duit motor..lepas itu aku baru teringat niat aku hendak tukar tayar moto aku yang telah tertangguh selama 2 bulan..aku kena jugak tukar bulan ni..minggu depan nak pegi melaka..kalau tak tukar tayar jawapnya tak selamat aku hendak pergi ke melaka...
lepas itu apa lagi ye?hurm...oh ye!aku nak settlekan pasal lesen aku yang dah mati itu..kena pergi jpj untuk renew..tapi tidak tahu bila boleh pergi kerna minggu depan aku berkerja penuh..kena cari hari yang betul2 free baru boleh pergi..
semenjak dua minggu ini aku sentiasa sibuk dengan kerja..terlalu banyak aktiviti yang akan dijalankan..nasib baikla anak bos aku nak berkahwin..so bos aku pown turut sibuk menyetelkan pasal perkahwinan anaknya..so dier kerap kali bercuti...
barula free sikit..tu pun ada banyak kerja yang ditinggalkan...kena setle sebelum dia start kerja balik..hahah!
aku rasa seperti mahu pergi bercuti saja hujung minggu ni..tidak ada event2 besar yang aku perlu hadiri dalam minggu nie...so inilah masa yang agak sesuai untuk aku berehat dan tenangkan fikiran aku...memikirkan bagaimana hendak menyelesaikan masalah hidup aku ini...yerus terang aku cakap aku tidak boleh terus hidup dalam keadaan macam ini...

ahhh!!!

kenapa ni..dah cakap tadi xnak cerita pasal kecewa..
hari ini antara hari yang amat menenangkan..tidak ada tekanan yang begitu besar aku hadapi...samaada di rumah..di tempat kerja..semuanya berada dalam kawalan aku..
besok maybe aku akan ada selection futsal tuk team selangor..(bunyi mcm hebat!)
selection untuk team futsal library jer..untuk mewakili library selangor ke kejohanan sukan antara library2 semalaysia yang akan diadakan di terengganu awal bulan 8 nanti..
tidaklah aku tahu peluang atau nasib aku tuk dapatkan kesebelasan utama..namun menurut ap selaku ketua pasukan dan juga pengurus pasukan..aku mmg ada tempat dlm team..hehehe..tu kelebihan nya ada kabel besar..tahun lepas selangor menduduki tempat kedua..kalah di perlawanan akhir..
dan tahun ni cuba tuk dapatkan tempat pertama sekaligus menjadi juara!!!
hahahahah!!!(gelak bangga)
walau macam mana sekali pun..aku akan cuab bermain ditahap prestasi yang terbaik..

malam rabu hari itu..aku bersama ap telah pergi menonton konsert fenomena di angkasapuri..tak terpikir pown nak pegi sana tapi setelah ap mengajak aku pun menurutkan saja lagipun masuk free..ada pas..niat sebenar pegi tgk konsert ini sebenarnya bukan saja2 nak menghiburkan hati..tapi adalah dari jemputan dari cat farish a.k.a. fabolous cats..beliau menjemput kami untuk memeriahkan konsert itu disamping ingin membincangkan pelbagai hal berkaitan dengan kumpulan fabolous cats..
selepas melayan konsert tu lebih 3 jam..tamatla konsert tebsebut..tahniah kepada nabil raja lawak kerna berjaya membuat aku sakit perut tergelakkan dier..naik craim gak pipi asyik ketawa saja..
selepas itu kami semua terus menuju ke kedai makan menikmati supper di pj...
kali ini kami berenam..termasuk altimet,adib dan dj sumo..dan dah tentula bersama sekali dgn cat farish..pengalaman pertama dapat lepak bersama altimet...one of the biggest emcee in malaysia..we proud of you bro!! dia memang cool..tak sombong langsung..borak2 mcm member dah lama kenal saja...selepas puas menikmati malam itu..kami pun pulang semula ke hotel dgn hati yang riang...tapi teringatkan semula esok punya kelas bermula seawal pukul 8pagi..

arrgghhhh!!!!tidak!!!

hanya ada 5 jam jer lagi untuk kami tidur..
cukup rasanya..tapi dalam kelas nanti pandai2 lah mencari peluang...

p/s:mulai hari ini aku cuba mengunakan bahasa dan tulisan yang normal...
tidak lagi bahasa pasar or bahasa sms..aku akan cuba untuk pertingkatkan
dari semasa ke semasa...