Friday, July 18, 2008

keputusan itu..adakah?

semalaman aku berfikir...
membiarkan perasaan aku terus hanyut..
mendalami segala yang aku telah lalui..
cuba memahami segala mainan perasaan aku...
aku tinggalkan sebentar dunia aku...
untuk aku pergi ke dasar hati ini...
mencari jawapan kepada segala permasalahan aku..
terlalu gelap!terlalu padat..
dengan pelbagai ketidakstabilan...
menyusur ke dalam hati sendiri..
membuatkan aku begitu sedih..
lemah...
terlalu banyak rupanya aku menanggung sakit..
sakit orang lain...
begitu juga dengan sakit sendiri..
aku cuba menyelesaikan satu persatu...
dengan segala yang aku tahu..
bukan mudah tuk mempertahankan sesuatu yang bukan milik kita..
tapi kita mampu tuk pertahankan nya..
salah faham?
mungkin...namun ianya tetap pedih..
walaupown sedikit..
keserabutan itu telah mengeluarkan aku..
dari dasar hati itu..
tidak ingin lagi aku jenguk..
kerna terlalu banyak perit getir yang aku telah lalui...
keputusan telah dibuat...
mengharapkan sesuatu yang lebih baik dari sebelum ini..
dengan kuputusan itu..
entah keberapa kali..aku akan terus menyesal..
kerna aku tahu...keputusan aku kali ini...
tetap juga bukan menyebelahi aku...
keutamaan tetap hati orang lain..
agar mereka dapat mengerti sebuah pengorbanan itu..
dengan lebih tepat lagi..
dan yang pasti..
aku sanggup melihat semua itu..
di depan mata aku..
kegembiraan mereka...

xpe..
truskan..
aku x kesah...

Thursday, July 17, 2008

song of the day


ini sumer penangan hellboy...citer ganas2 camtu bleh jadik touching gak!
huhuhu...

sepi kan perasaan itu...

janji janji kasar...
aku cuba berikan..dgn harapan aku mampu tuk cipta satu keajaiban..
keajaban yang akan menceriakan hidup kamu setiap hari..
keajabain yang aku anggap satu keistimewaan...
yang ada pada aku...dan aku berikan pada kau..
dan mengharapkan kau sudi menjaganya..

kau berikan sedikit harapan..
kau ikatkan sedikit janji2 manis...
agar aku akan terus mengharungi..
segala pahit manis konspirasi cinta..
yang kau cipta sendiri...
untuk aku..kau..dia...dan juga kamu....

aku terima segala cabaran dan dugaan yang datang..
agar kau nampak...kau lihat...kau rasa...
segala apa yang aku rasa..
tapi malang..rupanya x dihargai...
aku biarkan satu perasaan lain terseksa...
tuk pastikan perasaan kamu tidak terseksa..
malangnya..kamu seksa perasaan aku..

aku bernasib baik..
kerna hati ini sudah lali dengan kekecewaan..
masih belum jumpa apakah ertinya serik..
cuma kini aku sudah temui..
apa yang dinamakan...
pengorbanan....

teruskanlah menabur kasih selagi ada...
biarkan sayang itu terus menjadi ikatan..
cinta..tidak akan ada dua atau tiga..
namun kasih sayang masih ada tuk di bahagikan...
jangan di salah erti dengan apa yang kamu lakukan..
kenyataan itu memang menyeksakan...
begitu juga dengan penantian...
akan terus menyeksa..
hati aku...

teruskan..
aku tak kesah...

Tuesday, July 15, 2008

IRANis


Ahmadinejad said “No, I am not anti-Jew, I respect them very much.”


Ahmadinejad is a critic of the George W. Bush Administration and supports strengthened relations with Russia, Venezuela, Syria, and the Persian Gulf states.He has said Iran's nuclear program is for peaceful purposes and has refused to end enrichment despite United Nations Security Council resolutions.

"The Zionist regime is the standard bearer of invasion, occupation and Satan," he said, predicting Israel's eventual demise. "When the philosophy behind the establishment of a regime is in question, it is not unlikely that it will find itself on a course of decline and dissolution."

"The Iranian president's comments are typical of his vociferous animosity towards Israel," said David Baker, an Israeli government spokesman. "He threatens not only Israel but poses a clear and present danger to the international community as well."

dibawah cahaya nan satu

aku melihat dikau du ruang jelingan hati kecilku..
aku menjenguk ruang kecil kamar mu..masih ada..
ruang dan bait bait rasa yang perlu diisi..perlu di amati..
kerana itu adalah dikau..kerana aku adalah diriku..
masih ada jelmaan rasa..
masih ada jelmaan cahaya..
kerna yang satu itu yang di cari...
kerna yang satu rahsia diriku dan dirimu..
kerana kita adalah datang dari satu cahaya nan satu.
tetap satu..
ia tetap ada didiriku dan dirimu..
kerna itu kita perlu sinar cahaya nan satu..
kerna diriku adalah lakaran dari hati dan perasaan yang satu...

Friday, July 11, 2008

sukan+menang?

akibat terlalu penat aku terpaksa mengambil cuti semalam..
bagi mengcover tido aku yg x cukup disana...
so baru arini dapat aku mengupdatekan blog nie..
windu seh!!!

aku xtaula camner nk gambarkan keadaan dan suasana aku ketika berada di terengganu..
satu perkataan jer yang tahu tahu..
penat!
jadual terlalu pack sampaikan aku x sempat nk berbuat apa2 kt saner..
nk ikutkan hotel yg aku duduk tu ada jer wifi..
cuma aku x berkesempatan tuk bukak blog..
balik jer trus tdo..sok seawl kul 7 pagi kena bangun...

pasal team futsal aku...
hurm..standardla..team selangor pegi maner2 pown juz menang sorak dan menang kt gaya jer..hehehe...
kami satu kumpulan dgn pahang dan sabah..
seri dgn pahang dan kalah dgn sabah...sekaligus terkeluar dan x layak tuk meneruskan..
kami mmg pulang awal time tue...nk kta malu tu x sgtla..
cuma sangkaan pasukan2 lain yang team selangor akan menang amatla meleset sama sekali..selangor hanya menang pada nama jer...
dan akhirnya..
pasukan futsal trus menjadik pasukan sorak selangor...
huhuh...
malsla nk citer panjang2...
tgk jela...
kontigen selangor..

perbarisan..selangor!
bersama pengarah library selangor..
pingat emas??
futsal!!
cam pegi umrah pown ada...
batik wit team futsal
malam diner..ada orang kata aku mcm M. Daud Kilau...apakah?
semua kontigen dan pegawai selangor...

Friday, July 4, 2008

AWAY TO TERENGGANU

ptg ni aku akan berangkat ke tganu..
menyertai kejohanan sukan perpustakaan seluruh malaysia..
aku akan mewakili selangor dalam pertandingan futsal...
dua tahun berturut2 selangor sekadar mendapat naib juara..
dan harapan kali ni..kami akan cuba dapatkan pingat emas tuk selangor...
kalo olimpik dpt sejuta..aku dpt seribu pown jadikla...
haha!
doakan kejayaan aku disana...
viva selangor!!!!
merah kuning lambang kejayaan!!!!




aku salah lagi

aku xtau naper aku di berikan anugerah itu...
aku xkata itu kekurangan dlm diri aku..
bagi aku itu adalah kelebihan dan juga keistimewaan aku..
aku xnak rasa menyesal memiliki kelebihan itu...
mesti ada sebab tuhan berikan aku kelebihan itu...
cuma aku jer yang masih tak tahu menggunakannya..
ke jalan yang betul...

aku tak tahu cara mana yang aku perlu ikut...
adakah jalan cerita aku akan sentiasa sama saja mcm dulu..
cinta yang ntah apa apa...
yang hanya memerlukan kegembiraan...
atau cinta yg hanya menurutkan nafsu...

pelbagai cara telah aku lakukan...
tuk pelbagaikan segala jalan cinta aku...
yang kamu mungkin tak percaya...
aku bukan terlalu mudah jatuh cinta..
cuma aku amat suka bercinta...
cinta tu akan buat aku happy...
keseronokan menghadapi perasan cinta itu amat sukar sekali hendak di gambarkan..
aku akan rasa kosong kalau diri aku tiada perasaan cinta..
sebab dalam kepala aku amat penuh dgn segala ilmu dan pengetahuan ttg cinta yang hanya perlu tunggu masa tuk aku praktikkan...
sehingga kan aku rasa aku tak mampu tuk mengawal semua perasaan2 itu...
sehingga ianya mula menguasai diri aku...
disitula bermulanya ayat2 manis yg sering digelarkan oleh seorang pmpn...
aku hanya akan terus berfikir dan meluahkan segala yang aku rasa...
dengan cara aku sendiri...
maybe akan di pandang serong oleh sesetgh pihak..
namun itu hanya sekadar cara atau lebih tepat lagi teknik...
aku sudah mual mendgr istilah jiwang or romantik...
mmg itu aku...aku tidak akan nafikan...
aku terlalu emosi...terlalu sentimental...
sehinggakan orang lain tidak mampu menerima segala kata2 aku itu...
mereka memandang serong dgn segala yg aku lakukan..
namun aku tahu..
ada orang yg menghargai segala hasil usaha aku...
dan aku cuma harap orang itu tidak mengsia2kan segala usaha aku ini kejalan yang tidak benar...menyalah gunakan segala ilmu yang aku dpt tuk kepentingan masing2..

aku sering kuatkan diri aku....
dan tanamkan dlm diri aku supaya teruskan mencuba...
jangan mengalah...lupakan segala dugaan yg dtg...
selagi kite mampu...teruskan....
aku kalau boleh xnak lepaskan peluang2 yang datang dalam hidup aku..
semua aku nak gapai...agar aku puas...
sekurang2nya aku x menyesal biarkan dia pergi..
kerna aku berjaya menyentuh walaupown sedikit cintanya...

Thursday, July 3, 2008

cinta yang ditanam

kasih kini kembali...
cuba tu mengapai...kata2 yang telah diluahkan dulu...
cuba tuk menarik semula..
segala cacian dan ludahan...
yang pernah dilemparkan satu ketika dulu...
harus aku kutip kembali..
kasih sayang yang telah lama hilang...
cinta yang telah lama aku tanam..
ingin sekali aku carik semula..
akan ku semaikan semula..perasaan itu..
seperti mula2 dulu..
aku menjaganya...
akan ku berikan segalanya...
agar kau gembira dan bahgia...
seperti aku pernah berikan dahulu...
dan akan ku hiaskan setiap saat kamu dgn pelbagai kata2 manis..
yang sering menghiasi hidupku ini...
akan ku kongsi segla ilmu yang aku ada...
kita sama2 mendalami segala nikmat cinta yang telah di anugerahkan...
cinta yang benar2 terhasil dari dalam hati..
yang akan terus mekar...dikala kamu mencintai aku..
namun..
adakah kisah cinta ku ini akan menjadi kenyataan..
atau sekadar angan2 kosong yang menanti masa dan saat tuk lapuk..
aku masih lagi kaku..disini...
mengharapkan belas kasihan kamu...
agar tidak mempermainkan cinta ku...
cinta yang sebenar2nya aku semai...
masih lagi hidup...di dalam hati...yang telah hancur berkecai..
ia masih lagi selamat di dalam itu..kerna kekuatan cinta kamu...
ia masih lagi bernyawa...trus mengeluarkan nafas2 cinta...
yang sedang aku hirup...untuk hidup...
aku cuma mahu kita harungi saki baki hidup kita dgn terus menyayangi...
antara satu sama lain...walaupown cinta itu amat sukar sekali tuk kita gapai..
namun kita masih boleh usahakan pelbagai jalan tuk kita kecapi cinta sejati itu..
biarlah masa yang tentukan...agar kita akan terus bersama...
sehingga akhir waktu nanti..aku pasti!!!

p/s: sok aku dah nak pergi tganu..xdpt nk post entry...jadikan apa yg aku tinggalkan ini sebagai peneman kamu...agar kamu mampu tuk bernafas...aku percaya ianya amat berguna sekali...amalkanlah..

kaisu 6.05pm 3/7/2008

futsal di terengganu

sejak 2 3 arini aku semakin tak tentu arah..
sejak aku mula mengkaji tentang iran dan imam mahdi nie..
hati aku sering berdebar2..lagi biler aku dapat paper info pasal imam mahdi..
tdo aku pown sekarang dah x baper tenteram..sering jer mimpi yang bukan2..
xtau apa yang sedang aku carik ni tapi aku dapat rasakan sesuatu yang menarik tuk aku ketahui..cuma tunggumasa jer skang nie..
aku masih lagi meneruskan pencarian aku yang masih belum setle...
semakin jauh ak pergi semakin menarik aku tuk tahu mcm2 tentang imam mahdi..
siap sebenarnya individu ini..
kenapa umat islam menanti kemunculan beliau...
aku akan terus mencari jawapan segala persoalan2 aku itu..

gaji aku baru jr dapat..tapi aku terpaksa sekat perbelanjaan aku bulan nie..
ni sumer pasal plan nk ke terengganu ujung minggu nie..
cam x sabar pown ada gak..nak kasi gegar itu tganu..
sbelum ni poyo sgt menang sukma..korg tgkla nanti selangor akan membalas dendam..
persediaan aku masih lagi berjalan seperti biasa...latihan tetap di teruskan seperti biasa..dan semalam time aku amik gaji sempat gakla beli barang skit tuk di bawak ke tganu..



sepat gak aku shoping kt adidas...ni sumer pasal bank tu terletak di laluan butik adidas..soa aku "terpaksa" singgah gak..dan akhirnya...
nah...
beli gak beg nie...aku minat sebab dier warna merah...
melengkapkan lagi koleksi merah aku...bleh bawak time ke tganu nanti!!
market!!! tu yang penting..
malam td atas plan last minute..aku berjaya membawa mama aku menonton movie..
pada mula mama agak keberatan gak nk pegi..kerna aku tak bgatu dier kemana destinasi kami sebenarnya...biler dier tahu jer yg aku nk bwk dier tgk wayang..dier trus gelak..hurm...sebenarnya saja nak amik hati dier...time ada gaji ni la baru bleh bawak..kalo x susahla..lagipown ni sebab pasal bayarkan duit saman dier aritu..
saman dier aku dpt setlekan tanpa bayar sesen pown..thanx kt kabel aku tue...da saving skit duit aku...kena plak nk ker tioman bulan depan..banyak sgt nk pakai duit..



minggu ni blog aku agak sunyi...tanpa kehadiran individu yang sering menceriankan blog aku dgn kata2nya..sekaligus menceriakan hidup aku juga...aku sudah merindui dia..aku x nafikan..walaupown statement aku ini nampak agak panas...aku tak leh nak tipo diri aku lagi..aku mmg rindukan dier..aku doakan dier selamat pulang...
amin..
hurm...