Friday, January 9, 2009

pulang semula ke malaysia


akhir2 nie banyak sangat citer pasal palestin..
dah 2 3 entry asyik cter pasal palestin..
balik semula ke malaysia la...
letihla kt saner...
panas!

esok adalah hari yang paling bermakna bagi seorang sahabat aku..
esok akan berlangsungnya majlis perkahwinan salah seorang sahabat rapat aku..
ap@rasaffie...
setelah lebeh 3 tahun bercinta dia sudah bersedia tuk menamatkan zaman bujang nya..
dan sudah tentu dgn gadis pilihan nya..selamat pengantin baru dan semoga kekal sehingga anak cucu...

perkenalan aku dgn dia..bermula dgn klub kaizoku.. kire2 2 tahun yang lepas..kami sama2 dlm kelab..setahu aku ketika aku baru sahaja join klub tu..ketika tu majlis berbuka puasa kaizoku diadakan dan disitulah aku mengenalinya..tua setahun dr aku..tp perangainya rasa2 mcm orang lebih muda dr aku..seorang yg kelakar...sentiasa happy..sentiasa membuatkan kwn2 gelak..dgn lawak2 bodohnyer...itulah ap...
aku sepatutnya mengucapkan banyak2 terima kasih kepada ap kerna dialah aku mendapat kerja di library nie..dia yang memberikan aku borang tuk kerja disini..
dan menggunakan 'kable' dier jugakla aku dpt kerja disini..terima kasih ap!
banyak kenangan aku bersama dier ketika kami bekerja bersama2..sama2 berkursus..
sama2 menyertai sukan library di terengganu..dan die menjadi ketua pasukan futsal selangor..huhu!walaupown x menang paper..tp kami happy...seronok!
teringat pula bila kami sama2 berkursus di kl..dan pada hari kedua tu kami lari dari kursus tuk pergi menonton konsert fabolous cat di angkasapuri...mmg kelaka..
tapi tu time muda2 dulu la..
skang tidak lagi..masing2 sudah tua..tiada lagi party kemudian hotel lobby..sudah mula memikirkan masa hadapan..cuba hidup berkeluarga..semoga kamu bahgia disamping keluarga baru kamu...amin...

SeLaMat PeNgaNtIn BaRU!!!

Wednesday, January 7, 2009

sambutan asyura

aku semakin tertunggu2..
bila agaknya bermula perang yang sebenar di palestin..
x sanggup lagi rasanya aku tgk segala penderitaan yang dihadapi oleh rakyat palestin..
semakin menjadi2 nampaknya israel melancarkan serangan terhadap rakyat palestin..
rasanya sudah tiba masa dimana hazbollah,hamas dan seluruh negara arab membantu bumi palestin ini..jangan dibiarkan ia trus dibedil oleh israel sewenang2nya..
bangkitlah wahai islam sedunia..jangan hanya saksikan sahaja..

hari ini 10 muharram..pada tarikh ini lah terjadik nya peristiwa karbala..
di mana imam hussain dan keturunan nya di bunuh...
marilah kita bersama berdoa akan kesejahteraan rohnya...
amin...al-fatihah

Monday, January 5, 2009

tahun baru..

selamat tahun baru...
kembali dengan azam baru..
azam baru???
tidak kot..azam lama masih lagi menanti..
tuk di laksanakan..
masanya masih belum tiba...
utamakan mana yang lebih penting dulu..
tahun ini diharapkan lebihkan lagi tanggungjawap..
itu yang amat diperlukan sekarang..
itu yang sedang di cari oleh orang di sekeliling...
kasih dan sayang antara satu sama lain..
pupuk semula cinta agar ia kembali bersinar...
jangan terus padamkan ia..
kerna ada insan yang masih mengharap akan cinta itu..
janganlah pula kau mengecewakan nya..
kerna kau tahu yang dier benar2 ikhlas...
jangan sia2 kan kasih dan cinta yang cuba dier berikan..
kerna mungkin kau tidak akan dpt merasainya lagi...
pastikan ia terus tersenyum..
dan jangan biarkan ia terus menangis..
jangan di lupa janji2 kamu dahulu..
betulkan dia..bawa dier semula ke jalan nya..
jangan kau teruskan lagi kesesatan nya...
kembalikan dia semula..
kerna pahalanya amatlah besar...

Saturday, December 27, 2008

dia benci aku!

dier benci aku..
aku tahu dier dah xnk berkawan dgn aku..
dari cara dier aku nampak..
dan aku paham..
aku x salahkan dier kerna benci aku..
cuma aku agak terkilan dengan tindakan dier membenci aku..
perlukah ia menjadik kebencian?
banyak lagi cara tuk mengatasinya..
bukan dengan hanya membenci..
aku cuba tuk berikan yang terbaik tuk semua..
namun bukan mudah..
kerna kasih syg itu bukan nya boleh di jual beli..
dan kamu juga memperjudikan kasih syg itu..
membuatkan aku amat terkilan..
dan aku x kesah...
asalkan kamu bahgia...

kau meneruskan juga semua itu dengan cara kau..
dan aku juga meneruskan dgn cara aku..
dan kini ia kembali lagi menghantui..
bukan niat aku tuk mengingatinya kembali..
keadaan yang memaksa tuk kau bertemu aku semula..
dan aku terima dgn cara yang baik..
dan aku harap kau juga terima semua ini dengan cara yang baik...

Wednesday, December 24, 2008

kau yang punya...

Thursday, December 18, 2008

tagged

1-Adakah gua rasa gua 'hot'? aku x suker hot.fm
2-Muatnaik gambar tshirt kegemaran. malas nk amik pix..jersi liverpool
.3-Kenapa gua suka tshirt tersebut? sebab ianya liverpool
4-Bila kali terakhir gua makan pizza?bulan 8
5-Lagu terakhir yang gua dengar? kau yang punya by malique
6-Apa yang gua buat sekarang selain taip tag ni? keje..
7-Kalau nama gua sekarang bukan nama gua,agaknya apakah nama gua? sarip
8-Sila tag 5 orang lain -xnak!
p/s : maaf cik nigina kerna mengambil masa yang agak lama..

sakit

2 minggu bergelumang dengan kesakitan...
akhirnya aku kembali pulih..
kembali menikmati dunia..
kesakitan yang lalu masih lagi terasa..
perit2 dosa telah mula hilang..
mungkin di nanti dosa2 baru..
tuk di mulaikan..
sakit...
aku tetap teruskan..

Friday, November 28, 2008

senyuman itu..

aku terserempak dengan senyuman itu
tidak ku sangka aku masih dpt melihat senyuman itu..
dan ia masih lagi seperti dulu..
seperti waktu senyuman itu menjadi milik aku..
walaupun hanya sekilas pandangan..
aku masih dpt mrasakan ketenangan yang pernah aku rasa ketika dulu..
betapa nikmatnya saat itu..tika kala setiap pagi..
aku dikejutkan dengan suara itu..permulaan pagi aku dimulakan dengan
suara manis itu..memberikan seluruh alam ini satu keistimewaan..
yang tidak dapat di nilai..kuasa itu terus menguasai diri..
sehingga aku hanyut dlm dunia nciptaan sendiri..
huh...
tu sumer dulu..sekarang sumer tu dah tinggal kenangan..
dan x mungkin akan berulang lagi..
biarlah ianya menjadik kenangan dlm hidup ini..
mungkin dier dah hidup bahgia dengan life dier sekarang..
tidak perlulah aku menjejakinya lagi..
cukuplah sudah..
tidak mungkin perasaan itu kembali lagi..
tanggungjawap yang aku pikul lebih lagi mengatasi perasaan itu..
biarkanlah kau dan aku bahgia dengan cara masing2..

Thursday, November 27, 2008

aku mengalah...

aku semakin addict dgn journal blog..
ari2 asyik layan blog orang..
dan aku rasa aku xdpt menahan diri aku dari cuba tuk menjadi seperti mereka..
aku dah membuat keputusan..
aku akan buat seperti mereka..
tp..
bukan melalui blog ini..
tapi blog lain..
yang baru..
aku xnk rosakkan imej blog aku ini..
biarlah blog baru itu yang menjadi sebuah cerita yang lain..
tidak sama sekali dgn blog ini..

maapkan aku..
aku kalah..

aku x mampu tuk menjadi seperti cedekiawan2 bangi..
yang berpuisi dan berkata2 pedas..
aku x sehebat mereka..
aku mahu jadi seperti mereka..
tapi belum sampai masanya lagi..

biarlah aku teruskan membuat sesuatu yang aku rasa aku mampu..
tidak perlu mengejar sesuatu yang rasanya aku masih belum mampu tuk lakukan..
biarkan aku capai dgn cara yang sebenarnya..
maafkan aku...

Tuesday, November 18, 2008

kisah kaisu dan fahamannya..

aku mula perasan yang sekarang ni terlalu banyak budak2 muda bergelumang dengan dunia blog..terlalu banyak..ada yang buat diary..tmpt luahan perasaan..dan macam2 lagilah..budak yang seusia 14 tahun pown sudah tahu tuk mengendalikan blog..dah buat blog tu cam myspace..make up lawa2...tapi isinya hanyalah citer pasal tdo bangun lambat..keje skolah x siap..aduh!namun yang menarik perhatian aku adalah cara peyampaian nya..mereka pandai menyusun ayat2 yang sepatutnya..ayat x tunggang langgang..pandai menarik perhatian orang yang membaca...kadang2 aku sendiri rasa jeles..dan aku sendiri seronok membaca blog diaorg walaupown hanya citer pasal kucing xnak mkn..hurm..baru bukak blog x sampai 3 bulan tapi folower dah berpuluh..
jeles giler!malang skali aku x dpt jadik camtu...bukan aku xnak jadik mcm mereka..
cuma aku rasa niat aku akan terpesong jauh..mula2 dulu time aku bukak blog nie..
niat aku..aku nak jadikan blog ni sebagai tempat aku luahkan isi hati aku...tempat yang boleh aku kenang segala perasaan cinta dan emosi aku..didalam blog ini..aku nak kenang dan abadikan segala kisah cinta itu agar ianya akan jadik kenangan kepada aku.aku belum bersedia tuk mengalihkan segala perasaan itu..aku akan tetap terus mencatatkan segala yang aku rasa dan alami..agar ia trus abadi..x kesahla owang nak cakap aku nk shakespere x jadik ker...apa ker..aku x kesah..janji aku puas dan hepy dengan apa yang aku lakukan..masih ada orang lain yang hargai hasil kerja aku..dan aku juga x harapkan orang lain tuk menilai hasil kerja aku..suker korang baca..x suker korang nyer suker..haha!mungkin aku ni terlalu taksub dgn cinta..sampaikan orang kata aku ni kaki pumpuan..sentiase bertukar2 pmpn..hurm..dlm kehidupan skang nie..kite dah terlalu terdedah dgn pelbagai isu..x kira lah baik atau jahat..dan aku mula perasan orang sudah mula tidak menghargai perasaan cinta itu..mereka tidak lagi menganggap cinta itu sesuatu yang suci..luv is sex..tu jer yang aku sering dengar..aku x paham kenapa manusia sekarang semakin sangap.setiap kali tgk pmpn yang terbayang hanyalah bentuk tubuh badan dan juga rupa paras yang baik..yang boleh di buat angan sebelum tidur..aku cuba tuk membetulkan fahaman itu..dan sekaligus aku juga ingin mencari cinta yang benar2 sejati dan ikhlas.mmg susah dan aku sendiri tidak nafikan..namun x salah kalau aku mencuba..dengan syarat aku kerna abaikan segala kritikan dan cemuhan yang orang lain lemparkan kepada aku..blog ni adalah sesuatu yang bebas..kita hanya tulis apa yang kita rasa..selagi ianya x menyinggung perasaan orang lain..teruskan jela..aku cuba tuk menjadi baik..sebaik yang mungkin..agar aku juga akan sentiasa didampingi oleh orang yang baik2..aku takot akan perjuangan yang disalah erti..aku tahu akan segala yang di atur..cuma percaturan yang di atur itu tidak semestinya meyenangkan semua pihak..
ke dua2nya betul cuma yang membezakan hanyalah fahaman..dan fahaman tula akan memecah belahkan manusia..