Wednesday, February 11, 2009
Dr. kaisu
Tuesday, February 10, 2009
masa tuk berubah
Friday, February 6, 2009
berita tv3 melampau!
"x dpt terima kenyataan kekalahan"
petikan berita tv3 6/2/09 8.00pm
aku xtau kenapa dan apa masalah berita yang disiarkan di tv3 agak melampau..terlalu sgt menghina pembangkang..dan aku btul2 xleh trime ayat2 yang dilemparkan terhadap pakatan rakyat..aku bukannnya peyokong kuat pakatan rakyat..tapi aku x suke cara yang barisan guna tuk mendapatkan kuasa..dah terang2 kau guna cara kotor tuk dapatkan peguasaan... melayu mmg dah terkenal dgn budaya nye yg suke akan rasuah..itu adalah sebahagian dr budaya masyarakat melayu..semua owg dah tau..so x perlulah dier nk putar belitkan berita..tindakan itu akan membuatkan orang lain akan membenci dier..tahulah kamu tu pro umno..tp x perlulah nak menghina orang secara terbuka..di dalam berita..kamu sedar x kamu menghina bangsa sendiri? apa pandangan orang lain jika dier melihat semua penghinaan tue?bangga kah kamu? tlgla... aku x sanggup nk biarkan kau terus menindas orang yg xde kuasa seperti kamu..kamu guna kuasa kamu tuk menghina orang lain..dan kamu jangan lupa rakyat ada kuasa mereka sendiri.. dan kau xkan sangka apa kemampuan rakyat yang mampu dilakukan..jangan ingat kuasa kamu itu dpt mengawal negara..banyak lagi sumber lain yg orang lain bleh carik..jangan sampai rakyat bertindak...kau sedar x kau sedang melaga2kan bangsa kau sendiri...apa yang kau dpt? duit? kau boleh bawak mati ker duit2 tue?kuasa tu xkan kekal selamanya tuk kau...seperti yang berlaku skang nie..kuasa tu bleh ilang sekelip mata jer...ingin kau pula alaminya? kuasa yang kau dapat tu adalah dr rakyat..dan rakyat juga lah yang mampu tuk hilangkan kuasa kau itu...
Monday, February 2, 2009
mangsa seterusnya...manutd!
mmg hebat! percayalah...
tapi..x sampai seminggu kemenangan bergaya itu..
kembali kalah semula..
harapan semua org tuk lihat liverpool layak ker pusingan lima piala FA x berjaya.. hancur harapan semua org.. masihkah ada harapan?
tuk liverpool..
im with you...
youll never walk alone...
Friday, January 30, 2009
kuantan to cherating
kota puaka yang satu ketika dulu telah membesarkan aku..
dah lama rasanya aku telah meninggalkan kuantan..
seronok kembali semula kesana...rasakan jela..
apa lagi..capture biase la..
lscm?
siapa?abaikan jer...
liverpool anywhere..
couple only..
lost?
megamall kuantan
teluk chempedak
Thursday, January 22, 2009
aku keguguran!
"u punya rambut banyak gugur la.."
"u pkai syampoo apa?"
"sunsilk"..
"hurm...x bagusla pkai sunsilk..
banyak yang tiruan skang..
"ye ker?"xtau pown...
"u nak x i rekemen u pkai produk kitaorg.."
"dier ada satu set skali siap dgn hair tonic,conditioner,dan syampoo.."
"berapa harganyer?"
"murah saja boss sempena chinese new year ni kami ada promotion satu set ni harganyer rm199..."
owh!ye ker?...u tau x itu harga i dah bleh dpt 1 helai t shirt dekat armani exchange..samer harga barang u tue..."
padan muke ko!!!
aku mengalami keguguran rambut yg boleh dikatakan agak serius...
fenomena ini mula dikesan sejak 2 minggu yang lalu..
mungkin punca2 nya adalah dr penggunaan syampoo yang x original...atau lebeh di kenali dgn shampoo murah...
inilah akibatnya kalo kedekut..malas nk beli syampoo...main amik jer...tau2 dpt yg ciplak..kan dah rosak rambut...dan mungkin juga salah satu kemingkinan yang ada..adalah kekerapan aku skang ni menikmati meggi...aku pernah jugak dgr fakta yang mengatakan pengambilan meggi yg berlebihan boleh menyebabkan keguguran rambut..
tapi..meggi goreng tu sedap!aku x sanggup nk biarkan jer...aku mesti mkn..
aku x jumpe lagi mknan lain yg lebih sedap dr meggi goreng tu...
aku telah mengambil satu polisi insuran..dgn harapan ia boleh membantu aku..
walaupown x sebesar mana nilainya..sekurang2nya ada...aku xnk terjadi lagi perkara seperti tempoh hari..(nk masuk hospital pown kena tanya ada cover insuran ke x!)
selesai sudah musim interview di pejabat aku..dan aku juga menjalani nya dengan selamat..mintak2la aku dapat jawatan tue...kalo x selamat tinggallah library kajang! jadik bartender balikla jawapnyer aku..cukuplah 2 tahun aku menjadi pekerja sambilan disini...dengan gaji yg x setimpal dgn kerja aku...aku perlukan duit tambahan... keadaan semakin mendesak aku...kemewahan hidup di kota juga membuatkan aku semakin sesak..trus juga menyusuri jalanya..sebaik mungkin...tempoh yang telah aku janjikan juga sudah hampir tamat...kini masa depan kembali semula tuk di atur...agar tidak tersilap...
Thursday, January 15, 2009
seorang dan bersendirian..
sesampai sahaja di sekolah..terus menuju ker gerai di seberang jalan tuk membeli roti canai..bfast..sorg2...selepas itu trus jer masuk ke kelas..letak beg..dan mkn...sorg2...persekolahan pown bermula...seperti biasa..aku sentiase di barisan depan..maklumla..yang paling rendah..xper..dah biaser..masuk dlm klas pulak..blaja..nasib ada kawan sebelah..boleh kongsi..tapi x sumer..time rehat..kurang mkn..tapi banyak main..aktiviti..tangkap belalang..maklumla..budak2.. pulang dari sekolah trus menuju ke taska..bersiap2 pula tuk ke sekolah agama..
itu semua adalah aku sewaktu berusia 10thn..ketika aku tinggal bersama family aku di cheras..aku x sanggup tuk meneruskan hidup sebegitu...terlalu asing bagi aku seorang bdk kampung tuk hidup di tgh2 kota besar..sendirian..mak ayah yang sibuk berkerja.. semua aku lakukan sendiri..aku tidak boleh truskan...aku hanya mampu bertahan selama 6 bulan sahaja...aku rayu tuk pulang semula ke kampung tuk bersama dgn nenek semula.. bersekolah disana semula..aku belum bersedia tuk mengalami perubahan ini...
Saturday, January 10, 2009
terima kasih!
tidak tahu bagaimana rasanya...
perasaan ini..
tika bila kau..
dpt sekali aku bayangkan..
senyuman itu..
khas tuk aku..
perasaan benci itu hilang..
apabila senyuman itu muncul..
aku tahu perasaan benci itu..
hanya ego..
dan kamu sedar..
ia akan hilang..
bila kau..
kembali melihat kata2ku...
ia mmg manis...
lagi kau hayati..
lagi dlm kemanisan itu..
walaupun x semanis dulu..
terima kasih kerna membenarkan kata2 ini trus bersama kamu..
agar kau kembali ceria..
peace!!!
Friday, January 9, 2009
pulang semula ke malaysia
dah 2 3 entry asyik cter pasal palestin..
balik semula ke malaysia la...
letihla kt saner...
panas!
esok adalah hari yang paling bermakna bagi seorang sahabat aku..
esok akan berlangsungnya majlis perkahwinan salah seorang sahabat rapat aku..
ap@rasaffie...
setelah lebeh 3 tahun bercinta dia sudah bersedia tuk menamatkan zaman bujang nya..
dan sudah tentu dgn gadis pilihan nya..selamat pengantin baru dan semoga kekal sehingga anak cucu...
perkenalan aku dgn dia..bermula dgn klub kaizoku.. kire2 2 tahun yang lepas..kami sama2 dlm kelab..setahu aku ketika aku baru sahaja join klub tu..ketika tu majlis berbuka puasa kaizoku diadakan dan disitulah aku mengenalinya..tua setahun dr aku..tp perangainya rasa2 mcm orang lebih muda dr aku..seorang yg kelakar...sentiasa happy..sentiasa membuatkan kwn2 gelak..dgn lawak2 bodohnyer...itulah ap...
aku sepatutnya mengucapkan banyak2 terima kasih kepada ap kerna dialah aku mendapat kerja di library nie..dia yang memberikan aku borang tuk kerja disini..
dan menggunakan 'kable' dier jugakla aku dpt kerja disini..terima kasih ap!
banyak kenangan aku bersama dier ketika kami bekerja bersama2..sama2 berkursus..
sama2 menyertai sukan library di terengganu..dan die menjadi ketua pasukan futsal selangor..huhu!walaupown x menang paper..tp kami happy...seronok!
teringat pula bila kami sama2 berkursus di kl..dan pada hari kedua tu kami lari dari kursus tuk pergi menonton konsert fabolous cat di angkasapuri...mmg kelaka..
tapi tu time muda2 dulu la..
skang tidak lagi..masing2 sudah tua..tiada lagi party kemudian hotel lobby..sudah mula memikirkan masa hadapan..cuba hidup berkeluarga..semoga kamu bahgia disamping keluarga baru kamu...amin...
SeLaMat PeNgaNtIn BaRU!!!