Wednesday, June 4, 2008

interview+pengertian bandar puaka..

akhirnya penantian aku dari bulan 2 aritu tercapai juga...
aku di panggil untuk interview jawatan tetap..heheh..terseksa rasanya berjawatan sambilan nie..terseksa jiwa dan raga..
td aku bukak2 file dlm laci aku..nak carik balik sijil2 aku..
tetiba ternampak pulak file kolej aku..
dalam file tu ada macam2 dokumen time aku study dulu..
ada pulak pix time aku study dulu..
tiba tiba terkenang balik semua kenangan aku ketika study dulu..
ingat lagi time mula mula menjejakkan kaki ke bandar kuantan..
time itu umur aku baru nak masuk 18 tahun..
orang kata muda remaja lagi..tapi dah merantau jauh jauh..
pada permulaan family aku membantah niat aku untuk menyambung pelajaran
di pahang diatas alasan terlalu jauh..susah nak balik rumah..
namun..
aku kuatkan juga semangat untuk teruskan niat aku hendak menuntut ilmu dikuantan ini.
nak tau sebab apa banyak2 tempat yang ada aku hendak pergi kuantan juga?
sebabnya aku dapat rasakan bandar kuantan ni amat serasi dgn diri aku..
time hari pendaftaran itu..aku tak tahu nak buat apa..
kawan xde...sedara xde...masih tak dapat nak bayangkan apa akan jadik nanti..
tapi aku redahkan juga...lepas saja family aku balik..
aku dah rasa takot...walaupown aku sudah biasa berpisah dengan family..
tapi kali ini lain macam pulak rasanya...
dapat saja hostel terus masuk bilik..
yang pelik kolej yang aku masuk ni hostel dia adalah di deretan rumah teres di depan kolej..bukannya duduk di dlm kolej..so aku dah dapat rasakan aku akan bebas kat sini..heheh..
aku bernasib baik kerna mendapat rakan sebilik yang berasal dari selangor juga..
sorg dari rawang dan sorg lagi dari klang..
dan nasib aku baik lagi kerna majority penghuni rumah aku ini adalah dikalangan orang selangor dan KL..selebihnya ada dari johor dan negeri sembilan..sorg saja yang memang dari kuantan..
bermula la sesi suai kenal antara kami...
aku seperti biasa merendah diri..tidak mahu terlalu menonjol..
mlm tu kami beramai ramai menikmati salam perkenalan dengan mengadap "chai"
atau dalam bahasa sains nyer adalah ganja..hehe..
itula salam perkenalan bagi kami...walaupun aku tak pernah mencuba benda itu tapi demi tidak mengecewakan rakan rakan lain..aku turutkan juga..
akhirnya aku hilang malam tu..untuk kali pertamanya...
dari situlah bermulanya sejarah gelap dalam hidup aku..
kat kuantan la aku belajar pelbagai kejahatan dan kebaikan..
orang kata baru menganal dunia..
umo baru belasan tahun lagi..
hati tengah panas..sentiasa nak mencuba macam2..
dan kat bandar kuantan tu juga aku telah mengalami sejarah hitam...
pergadohan pertama dalam hidup aku..bergaduh pasal pmpn...
haha!bodoh btul!!
siap panggil kaum lagi...tahulah tempat diaowg..
aku xde kuasa tuk menentang...hanya berbekalkan tulang 4 kerat je..
dan akhirnya..terlantarlah aku dihospital 2 minggu...
xper..
aku redha..
semua itu pengalaman...
dan disebabkan hal itulah aku mengelarkan kuantan sebagai bandar puaka...
tempat berlakunya sejarah hitam dlm hidup aku...
xkan aku mampu lupakan dgn begitu mudah..
semua tu nanti akan aku jadikan sebagai cerita tuk anak cucu aku d hari tua..