Satu ketika, seorang lelaki yang rajin beribadah bertanya kepada Yazid al-Bustami,
“ Tuan, saya telah berpuasa setiap hari dan bersolat setiap malam selama 30 tahun, tetapi malangnya saya masih tidak menemukan ketenangan batin! Mengapakah begitu?”
Yazid menjawab, “Kalaupun engkau berpuasa dan bersolat selama 300 ratus tahun, engkau tetap tidak akan dapat menemukannya”. “Mengapa pulak!?..” kata lelaki itu terperanjat. “Kamu hanya mementingkan diri sendiri..”, jawab Yazid, “..dan ia telah menjadi tabir di antara dirimu dan Allah SWT.”
Lelaki itu lantas meminta Yazid agar memperbetulkan kesilapannya. “ Engkau tak akan sanggup diperbetulkan!”, kata Yazid. Berkali-kali lelaki itu terus mendesak, dan akhirnya Yazid berkata;
“Pergilah menemui tukang gunting. Botakkan kepala dan potonglah janggutmu! Tanggalkan jubah dan ketatkan seluarmu. Ambillah bekas guni makanan kuda, ikatkan dilehermu dan isilah didalamnya dengan buah kenari. Kemudian pergilah ke pasar dan menjeritlah kepada anak-anak kecil bahawa setiap budak yang berjaya memukul tengkukmu akan dihadiahkan dengan sebiji buah kenari. Setelah itu pergilah kepada para fuqaha dan merayulah agar mereka menyelamatkan imanmu!”
Lelaki itu tergamam mendengarkan saranan Yazid. Timbul riak kebenciannya terhadap cadangan dari ulama besar itu. Seolah-olah Yazid memperlekehkan kedudukannya sebagai saudagar besar dikota tersebut. Dia lalu meninggalkan Yazid dengan tergesa-gesa. Yazid tersenyum, benar katanya bahwa lelaki itu tak mungkin dapat melaksanakannya kerana ia berlawanan dengan sikap seseorang yang suka mencari nama, kedudukan dan kehormatan!
p/s: aku membantah sekerasnya pemberian gaji kakitangan awam 2 kali sebulan..
pak lah sudah melampau.dia sepatutnya memikirkan bagaimana hendak membetulkan keadaan bukan menyusahkan lagi keadaan.setakat potong elaun gaji dier yg 4 5 ratus tu x cukup tuk cover gaji kakitangan awam seperti aku ni..