dan selepas itu di sebabkan populasi penduduk bangi lama ramai di kelas itu..aku menjadi semakin rapat dgn dia...selalo pergi sekolah sama..balik sama...
ponteng sekolah sama..walaupun kami berlainan bas sekolah..tp tetap juga dpt jmpe..
port biasa adalah medan selera di depan pasar..sebelum masuk skolah bfast roti canai dulu..itula kebiasaan yang kami lakukan..sehingga tamat persekolahan...
sewaktu kami naik ke tingkatan 4..kami terpisah kerna masing2 ingin mengikut jurusan pilihan masing2..namun kelas kami x jauh..bersebelahan jer..setiap kali rehat mesti lepak kelas dier..dan sewaktu di tingkatan 4..zaman itu adalah zaman hiphop..dan kami juga tidak ketinggalan untuk mengikutinya..kami sama2 obses dgn music dan budaya hiphop..disebabkan itu kami menjadi semakin rapat..setiap ptg kami akan lepak di rumah dier sambil melayan lagu2 hiphop dan juga breakdance..bersama2 2 orang lagi kawan..kami melepak di rumah dia...time tu pulak dirumah dia ada internet..lagila kami seronok...menikmati zaman remaja tanpa batasan...
selepas tamat sekolah menengah..aku telah berkerja menjual burger di pasar malam..dan dia pulak trus melanjutkan pelajaran ke kolej ikram(sekarang dikenali sbg KLIUC)..maybe time tu rezeki aku belim sampai tuk menyambung pelajaran...
dan time tu..setiap minggu aku akan dtg melepak ke kolej dier..kadang2 anta dier balik or amik dier..dan akhirnya aku juga dapat melanjutkan pelajaran di kuantan..
namun hubungankami tidak terputus begitu saja..setiap kali cuti kami akan lepak bersama2..pegi klab sama2...dan time tu kami sudah berlima..
kemana saja sentiasa bersama..
setelah masing2 menamatkan pelajaran...kami terus kembali menetap di bangi..
mencari kerja di bangi..dan meneruskan aktiviti kami seperti kami remaja dulu..
aku ingat lagi ada satu masa tu dia bergadoh dgn family dia..dan dia dihalau dari rumah..aku ajak dia duduk rumah aku..hampir dua bulan dier menetap di rumah aku sebelum dia berbaik semula dgn family dier...masa itu kami sudah berumur 20 tahun..
dan time tu juga kami sudah ada kawan baru..amir..sorang budak ampang..berusia 18 tahun..
kami menjadi rapat..setiasa bersama..melepak..time tu tmpt lepak paling besh adalah gloria klcc..setiap ahad adalah tmpt kami tuk hangout..
setelah lebih setahun setengah bersama..kami akhirnya berpisah juga..amir akan mengikut familynya tinggal di london..dan aku time tu telah kembali semula duduk di rumah family aku..menjadikan aku semakin dekat dgn dia..so tinggalkan kami berdua sahaja...yang lain terus menghilang mengejar cita2 masing2...
dan sewaktu ingin menyambut sambutan tahun baru 2008..kami ingin berjumpa semula..
amir juga akan pulang ke malaysia utk meraikan bersama kami..kami seperti biasa akan menyambutnya di KL..menyaksikan bunga api dan seterusnya menikmati mlm di Kota besar itu...
namun..x semua yg di rancang menjadi...
keadaan tidak menjadi seperti yang di rancang..
kami atau lebih tepat lagi aku tidak dapat memenuhikehendak mlm itu kerna ada tanggugjawap lain yg perlu aku tunaikan..
dan akhirnya mereka meraikan mlm itu tanpa aku...
keadaan menjadi bertambah runit bila timbul khabar2 angin yang tidak elok ttg aku..
disebabkan tidak menyertai mereka..aku terus disisihkan..
segala maap aku tidak di layan..
aku terima..dan redha..dan aku harap diaorg akan sedar satu hari nanti yang segala diaorg dgr tu adalah fitnah semata2..
aku tidak pernah benci mereka..cuma aku kecewa dgn tindakan mereka..sampai satu tahap..aku memboikot segala game futsal yang team aku wat kalo dia ada..aku tak boleh tengok muka dia...dan keadaan kami begitu dingin sekali...aku x sangka..
mereka lebih mempercayai orang lain yg dia baru kenal dari mempercayai aku yg mereka sudah kenal bertahun lamanya..namun..semua sudah terlambat...aku biarkan hati aku terima semua itu...
dan semalam..dia buzz aku..aku tahu dier perlukan pertolongan...aku mmg ada dgr pasal kereta dia rosak...dan dia mintak aku tumpangkan dia tuk pergi main futsal mlm td..dan kalo nk di ikutkan hati...mmg aku xnak bantu..di atas segala yang dia pernah buat kt aku..namun..aku xnak keruhkan lagi keadaan...aku rasa inilah masanya tuk aku berbaik semula dgn dia..kerna kami sudah berkawan hampir sepuluh tahun...satu tempoh yang cukup lama..akhirnya aku bantu juga...dan seperti aku jangkakan..kami berbaik semula..walaupown tiada ungkapan maap dari dia atau aku..masing2 sudah pham dgn kehendak masing2..dan kami kembali semula bercerita seperti dulu..bergurau seperti dulu...dgn harapan segala yang sudah berlaku dilupakan...dan dijadikan kenangan tuk hari tua nanti...