aku rasa blog aku ni da lari dari agenda aku..
niat aku menubuhkan blog ni dulu adalah tempat tuk aku berkongsi segala ilmu dan pengetahuan aku ttg cinta dan emosi..agar ianya boleh digunakan sesiapa saja tuk sekarang atau masa akan datang..sewaktu mula2 aku bina blog aku ni..aku berada di zaman kejatuhan aku dan aku cuba mencari tempt tuk meluahkan segala apa yang aku rasa dan segala luahan itu tercatat dlm blog ini...namun..suasana bertukar bila aku sudah mula mendapat penyelesaian dlm segala masalah aku..dan aku tidak lagi menceritakan segala kesedihan dalam blog ini...
aku mula menceritakan perjalanan hidup aku seharian..segala aktiviti aku..kerja aku..famili aku..kawan2 aku..dan kadang2 saja aku bercerita tentang cinta..
itu pun ikut pada keadaan atau pun mood...dan mood aku sekarang belum ada lagi untuk bercerita pasal cinta..tengokla nanti..bila sampai waktunya aku akan mula semula bercerita tentang cinta...dengan erti lain aku ingin retired dr menjadik doktor..hehe!aku sudah mula rasa aku tidak lagi menampung segala bebanan cinta yang sering aku hadapi..bukan mudah sebenarnya menjadi perunding lagi lagi berkaitan cinta dan perasaan..kita perlu menghayati betul2 dan memahami segala perasaan yang sedang dihadapi oleh seseorang itu..walaupun ianya kadang2 memakan hati kita sendiri...dan yang paling tidak boleh di terima sekali adalah bila aku sendiri tidak mampu tuk mempertahankan kisah cinta aku sendiri..padahal dalam masa yang sama aku begitu hebat menasihati dam menyelesaikan masalah percintaan orang lain...doktor apakah itu?kisah cinta aku sendiri masih terumbang ambing..dan sekali gus aku rasakan aku belum layak lagi tuk memberikan nasihat tuk orang lain...aku sepatutnya menjadi contoh kepada orang yg aku bantu..namun bukan itu yang aku berikan..
hanya kata2 kosong yang belum tentu lagi keberkesanan nya...sampai bila aku hendak teruskan dalam keadaan macam ini..
sampai ada orang lain yang mempertikaikan kreadibiliti aku sebagai pakar atau perunding?time tu barulah aku merasakan diri aku ini terlalu lemah dan tidak berguna..di saat itu tidak lagi berguna segala sesalan..
aku perlu perbaiki diri aku dulu sebelum cuba tuk memperbetulkan orang lain..itu adalah target aku yang pertama..baru dapat aku pikirkan tentang orang lain..aku tak nak orang lain mempertikaikan segala usaha aku selama ini..aku xnak orang lain menganggap aku ini hanya pandai berkata kata sahaja..aku akan buktikan semua itu..
aku bukan hanya pandai berkata2 atau sekadar manisan bibir...aku nak buktikan segala yanga aku luahkan atau berikan adalah satu perkara yang benar dan boleh terjadi...
tidak lagi hanya khayalan2 kosong yang aku cipta tuk menceriakan dunia cinta yang indah ini..
p/s:x sabar nak tunggu bola abis..tiap2 hari tdo lambat..boleh mempengaruhi produktiviti aku...huh!